PENGENALAN

 

Manual ini disediakan bertujuan untuk menyediakan panduan untuk membantu pemohon-pemohon menggunakan Sistem e-Bangunan 2.0 MBPJ. Ia mengandungi langkah-langkah dan skrin-skrin antaramuka sistem bagi memudahkan lagi pihak pengguna menggunakan sistem ini.

 

Diharap manual pengguna ini dapat membantu pengguna-pengguna Sistem e-Bangunan 2.0 MBPJ dengan lebih berkesan. Di samping itu, ianya merupakan rujukan awal untuk kaedah-kaedah penggunaan sistem yang betul dan berkesan.

 

 

OBJEKTIF SISTEM

 

Sistem e-Bangunan 2.0 MBPJ  dibangunkan bertujuan untuk menawarkan kemudahan kepada pemohon dan pegawai untuk melaksanakan proses kerja penyerahan dan kelulusan permohonan-permohonan yang disediakan terutama permohonan baru dan pembaharuan permit Bangunan secara elektronik. Ia menjanjikan sistem penyampaian yang lebih efisien dan cepat. Pengguna boleh mengetahui status permohonan dimana-mana dan bila-bila masa. Proses permohonan adalah lebih telus, mudah dan mesra.

 

 

KEPERLUAN SISTEM

 

1. Pelayar Internet

Sistem e-Bangunan 2.0 berasaskan web yang dibangunkan ini dapat menyokong semua pelayar-pelayar utama (terkini) yang serasi dengan piawaian HTML 5 seperti Internet Explorer, Google Chrome (paling disyorkan), Mozila Firefox, Safari dan sebagainya. Anda boleh menyemak skor keserasian pelayar anda di Sini dan . Sila berhubung dengan pegawai-pegawai MBPJ sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan teknikal.

 

2. Sistem Pengoperasian

Sistem e-Bangunan 2.0 dapat menyokong dan serasi digunakan pada semua sistem pengoperasian utama terkini. Hanya perlu memastikan pelayar yang digunakan adalah serasi dengan HTML5.

 

3. PDF Reader

Sila pastikan PC dan Peranti anda mempunyai aplikasi PDF Reader terkini untuk membolehkan anda melancarkan dokumen-dokumen yang berformat PDF.

 

4. Email

Sila pastikan anda telah memasukkan alamat E-mail yang sah untuk menerima notifikasi pemberitahuan. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan kesukaran untuk anda menerima notifikasi status permohonan.

 

5. Dokumen-dokumen lampiran

Adalah digalakkan semua dokumen-dokumen yang dihantar adalah dalam format PDF.