Sebagai makluman, Sistem e-Bangunan menggunapakai ID Pengguna dan katalauan yang didaftarkan pada pangkalan data Sistem OSC Online MBPJ. Bermaksud jika pemohon ingin mengakses dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Sistem e-Bangunan, pemohon haruslah terlebih dahulu mempunyai ID pengguna yang telah didaftarkan di Sistem OSC Online. Pemohon yang telah mempunyai ID sedia ada boleh terus menggunakan ID tersebut untuk log masuk ke sistem e-Bangunan

1.Sekiranya anda belum pernah berdaftar di Sistem OSC Online, anda boleh membuat pendaftaran ID Baru menerusi pautan yang disediakan pada Halaman Log masuk sistem seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah:

 

2.Pada Dialog Pop up yang dipaparkan, pilih dan klik pada jenis kategori pengguna anda

3.Halaman Sistem OSC Online MBPJ akan dipaparkan dan anda perlu klik untuk memilih kategori pengguna yang ingin didaftarkan.

4.Pada Halaman Log Masuk OSC Online yang dipaparkan, klik pada butang Daftar Sini untuk mengisi borang pendaftaran pengguna baru.

5.Sekiranya  anda mendapat mesej seperti di bawah pada paparan pelayar anda. Sila lancarkan pelayar Mozilla Firefox terkini atau sekiranya akan belum memasang pelayar tersebut anda boleh memuat turun fail pemasangan pelayar tersebut dari https://www.mozilla.org/en-US/firefox/new/

6.Isi dan Lengkapkan maklumat-maklumat yang diperlukan pada borang pendaftaran ID pemohon baru yang disediakan

7.Apabila selesai klik pada butang

8.Muatnaik salinan digital Kad Pengenalan dan Sijil Pendaftaran Professional anda. Apabila selesai klik butang Hantar

9.Klik OK pada mesej makluman pendaftaran telah berjaya dilaksanakan

10.Semak email anda untuk mengetahui status pendaftaran dari OSC Online. Sekiranya telah mendapat email yang menyatakan pendaftaran tersebut diluluskan. Anda boleh mula menggunakan ID tersebut untuk log masuk ke Sistem e-Bangunan 2.0