1.Klik butang radio Lain-lain Cadangan dan pilih Mendirikan Perancah. Klik butang "Seterusnya".
2.Halaman tab BUTIRAN PERMOHONAN adalah merupakan borang permohonan elektronik yang perlu diisi dan dilengkapkan oleh pemohon berdasarkan jenis permohonan yang dipilih.
Maklumat di borang permohonan telah dipecahkan kepada 2 Bahagian (A dan B) untuk dilengkapkan oleh Pemohon.
3.Isi dan lengkapkan maklumat-maklumat permohonan yang diperlukan di Bahagian A
4.Isi dan lengkapkan maklumat-maklumat permohonan yang diperlukan di Bahagian B
5.Apabila selesai melengkapkan semua maklumat yang diperlukan pada semua bahagian borang, klik butang Seterusnya
6.Pada Halaman Tab Senarai Semak, tandakan pada ruangan Semakan Pemohon dan muatnaik dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan anda
7. Klik butang Hantar untuk menghantar permohonan. Pada Mesej Pengesahan untuk menghantar permohonan, klik butang OK.
8. Permohonan anda telah berjaya dihantar apabila Slip Akuan Penerimaan Penyerahan ini dipaparkan. Seterusnya anda boleh klik pada butang Cetak untuk mencetak slip ini sebagai rujukan pada masa akan datang
Output cetakan Slip seperti berikut:
9. Sila semak email pemberitahuan status permohonan yang akan dikirimkan kepada email yang anda masukkan. Atau anda dari masa ke semasa boleh menyemak status permohonan anda dari menu Senarai Permohonan