Kaedah dan Syarat Penyerahan Permohonan

Penyerahan Secara Atas talian

Seksyen ini menerangkan secara ringkas kaedah dan syarat permohonan secara atas talian (online).  

clip0003

Akses Portal Pemohon/PSP e-Bangunan 2.0 menerusi URL http://ebuilding.mbpj.gov.my/

Daftar ID Baru (bagi kali pertama menggunakan e-Bangunan 2.0 ) untuk mendapatkan Login ID dan kata laluan baru dari Sistem OSC Online.

Catatan:

a)Pemohon/ PSP sedia ada juga boleh menggunakan Login ID yang telah didaftarkan sebelum ini pada Sistem OSC Online

b)Login ID akan menggunakan No. Kad Pengenalan

c)Sila berhubung dengan kakitangan MBPJ sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berhubung dengan Login ID Sistem OSC Online terdahulu ini.

 

 

 

 

Sekiranya pemohon menghadapi pelbagai masalah akses ke Portal e-Bangunan 2.0 (cth: masalah pada rangkaian internet), pemohon boleh datang ke Pejabat Jabatan Kawalan Bangunan untuk menggunakan stesyen-stesyen kerja Kiosk yang disediakan untuk memula atau menyambung sesi penyerahan permohonan. Sila berhubung dengan petugas di kaunter untuk mendapatkan maklumat lanjut.

          clip0002          

 

Format dokumen digital yang dibenarkan hanya dalam format PDF. Dan adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk memastikan dokumen-dokumen yang ingin diupload adalah benar-benar sah (tidak mengandungi virus, trojan dsbnya) dan pastikan orientasi dan kedudukan dokumen telah dibetulkan terlebih dahulu.