1.Untuk Penyerahan Borang Perakuan Berperingkat Borang F, Pemohon haruslah mempunyai No Rujukan Fail Kelulusan Pelan Bangunan yang sah dan telah diluluskan Penyerahan Borang B dan Bprang G. Klik butang OK setelah memasukkan No. Rujukan Fail Kelulusan

 

Catatan: Sekiranya No Rujukan Fail Kelulusan yang dimasukkan tidak sah, terutama untuk fail-fail kelulusan sebelum 2018, sila berhubung dengan pegawai-pegawai Jabatan Kawalan Bangunan untuk menyemak status fail kelulusan anda.

 

 

2.Isi dan lengkapkan maklumat-maklumat permohonan anda pada ruangan-ruangan pada borang yang disediakan. Apabila selesai, klik pada butang Seterusnya.

 

3.Isi dan lengkapkan Senarai Semak dengan melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan dan klik Seterusnya

 

 

4.Isi dan lengkapkan borang senarai semak dan klik butang Seterusnya

 

 

5.Di halaman Tab Temujanji Pra Semakan, lengkapkan maklumat yang diperlukan dan cadangkan tarikh temujanji pra semakan yang dikehendaki seperti berikut.

Sebagai makluman, tarikh yang dipilih ini hanyalah cadangan dari pihak anda sahaja dan pegawai MBPJ berhak untuk menukarkan pada tarikh lain jika diperlukan. Adalah penting untuk memasukkan Nama pegawai dan No telefon untuk dihubungi sekiranya pihak MBPJ ingin membuat pengesahan tarikh lain dan sebagainya.

 

 

6.Klik Book untuk membuat pengesahan tarikh dan slot temujanji pra-semakan yang dipilih.

 

 

7.Isi dan lengkapkan tarikh cadangan untuk Lawatan Tapak

 

 

8.Klik butang Hantar untuk menghantar permohonan. Pada Mesej Pengesahan untuk menghantar permohonan, klik butang OK.

 

 

 

9.Permohonan anda telah berjaya dihantar apabila Slip Akuan Penerimaan Penyerahan ini dipaparkan. Seterusnya anda boleh klik pada butang Cetak untuk mencetak slip ini sebagai rujukan pada masa akan datang

 

 

 

Sila semak email pemberitahuan status permohonan yang akan dikirimkan kepada email yang anda masukkan. Atau anda dari masa ke semasa boleh menyemak status permohonan anda dari menu Senarai Permohonan